Tweethearts

Friday, November 27

Segera !

Pada suatu ketika,terdapat seorang pemuda yang sepnjang hayatnya asyik mengumpulkan kata-kata hikmah yang terdapat di seluruh pelusuk dunia.

Dia menulis dengan banyaknya - lebih kurang 100 jilid kesemuannya - merakamkan setiap kata-kata hikmah yang dipelajarinya dan akhirnya duduk tenang berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Sejurus selepas itu, rasa leganya tadi tergugat oleh suatu fikiran lain. Benar bahawa dia telah menulis dengan sebegitu banyak sekali tetapi tidakkah itu memenatkan siapa saja yang mahu membacanya? Maka dia duduk dan menulis semula bagi tempoh 10 tahun lagi. Jilid-jilid asal bukunya tadi diringkaskan sehingga tinggal 1/10 daripada saiz asal yakni menjadi 10 jilid.

Apabila siap,dia berasa amat berpuas hati kerana menganggap kerja-kerjanya telah selesai. Tetapi sekali lagi dia mendapati bahawa dia telah tersilap. Dia sedar bahawa orang ramai akan menjadi terlalu sibuk untuk membaca kesepuluh jilid bukunya itu. Lantas dengan susah payah dia menjadikan lebih ringkas dan padat sehingga menjadi satu jilid sahaja.

Lagi 10 tahun yang berlalu dan kini si pemuda itu tersebut telah menjadi tua tetapi lebih bijaksana. Dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya dan mendapati bahawa waktu itu adalah zaman serba pantas. Manusia mahukan setiap benda dengan segera - mee segera, foto segera, kopi segera, keseronokan segera, maklumat segera, kekayaan segera, dan sebagainya. Oleh itu dia mengambil semula jilid dan bukunya itu dan meringkaskannya lagi sehingga menjadi beberapa keping skrol yang mempunyai satu mesej di dalamnya...

..kerana dia tahu bahawa manusia pada hari ini kalau boleh, mahukan hikmah dengan segera..

No comments: