Tweethearts

Thursday, November 26

Berani Gagal ?

Dalam kehidupan,setiap manusia pernah mengalami kegagalan dalam hidup malahan
pada diri sendiri tanpa kita menyedarinya..Contohnya, gagal dalam mendidik anak-anak,
gagal dalam membentuk sahsiah diri. Malahan perkara yang
sering berlaku dikalangan kita ialah gagal mematuhi undang-undang Negara.

Cuba kita bertanya pada diri sendiri pernah ke ini semua berlaku?
Tanyalah pada diri sendiri dan jawablah dengan seikhlas hati.

Secara umumnya,ramai menyatakan bahawanya 'tiada manusia yang tidak pernah gagal' ataupun 'tiada yang sempurna di dunia ini melainkan-Nya'..Benarkah jawapan
ini yang sering kita ungkapkan mahu pun didengar?Kita akui ungkapan ini sememangya
benar.Jadi disini ada contoh dimana orang yang gagal berjaya menemui 'kejayaan'.
Malahan mereka juga menemui kejayaan yang terbesar dalam hidup mereka.

"Kisah hidup saya adalah mengenai kegagalan bukannya kejayaan,kerana
ketika saya mula-mula menjual buku,banyak kali saya ditolak. Tetapi apa yang saya pelajari semasa membesar ialah supaya percaya kepada diri sendiri, berfikiran positif, menggambarkan kejayaan dan yakin bahawa saya akan berjaya. Kegagalan adalah merupakan proses belajar dari kesilapan. Kegagalan mendorong saya untuk mencuba dengan lebih gigih sehingga berjaya. Apabila seseorang mengatakan bahawa ianya tidak akan berjaya,saya bertekad untuk melakukannya sehingga berjaya"


- John Kilcullen, Penulis The Dummies

Siri Dummies telah menghasilkan jualan melebihi 30 juta salinan dalam masa 5 tahun.

No comments: