Lama juga tak update kat sini. Title pun masih 2013, padahal sudah bulan ketujuh ni menunggu Ramadhan berkunjung tak lama lagi. Biasalah, sibuk sana sini. Mana nak jenguk laman sesawang yang dah lama bersawang ni.
Apa khabar, adrenalin hati? Haa jangan tanya banyak. Macam macam corak ada tenggelam timbul semua ada dalam hati jiwa tak berapa berkocak ni. Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk hidup. Masih mampu mencari rezeki, masih mampu beribadat, masih kuat juga kudrat ni ya. Alhamdulillah. Kita ni kadang bersyukur tapi tak ucap Alhamdulillah. Biasalah, manusia. Lepas ni sama sama kita ucapkan ya. Kalau boleh hari hari nak panjatkan rasa kesyukuran ni. Yela, kita mana tahu bila ajal menjemput kita. Ajal maut ditangan tuhan. Kalau hidup tak bersyukur, sayanglah. Jadi kalau boleh setiap malam sebelum tidur ucapkanlah Alhamdulillah, kita tak rugi apa. Dan selepas bangun tidur kita ucap juga Alhamdulillah, kerana kita masih diberi peluang untuk hidup. Jadi jangan kita sia siakan peluang macam ni. At least kita masih boleh beribadat lagi. Biarkan malaikat Atid tak putus putus mencatat amalan kita tu. Baiklah itu sahaja nak cakap pun. Semoga kita dilindungi dan diberkati olehNya. Ameen :)
May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you.
No comments:
Post a Comment