Tweethearts

Wednesday, January 12

hantu novel


dulu nama aku sangat melekat dengan 'hantu novel'. nama tu my ex boyfriend yang bagi, Willy. sebab aku memang gila novel since sekolah rendah. semua genre aku baca. dari genre 'Under 18th' sampai lah 'Le. Gardenie' novel cinta aku sapu juga. cuma genre seram yang berkisar hantu jelmaan ke apa ke ehem itu aku tak baca sangat. jangan cakap novel mcm tu je aku baca, cerita bersiri Harry potter pun aku bedal juga. aku lebih rela baca novel tebal HP dari tengok movie punya. movie langsung tak detail. tak best, yela nak detail brapa lama pula dia punya duration kn? tapi sayang, hampir separuh novel aku orang pinjam tak reti pulang kn balik! diorang tak tahu ke, semua novel tu aku beli pakai duit aku sendiri. bukan duit mama. tapi kadang kadang pakai duit ayah. sebab ayah je yang rapat dengan aku dan tahu apa minat anak dia. jadi novel pembuka tirai tahun ini ialah 'Patricians Vs Aurora'. Novel sebanyak 217 helaian bercetak sangat menarik. nak tahu pergi lah beli. tak mahal pun! setiap novel yang aku beli mesti ada makna sebenarnya. dan makna disebalik novel ni ialah ada watak yang bernama 'Syafiq'. haha gila kn aku? aku punya suka lah. watak je kot. bukan ada apa pun. takde kena mengena pun.

1 comment:

n.haliban said...

hye.... ^^
Syafiq tu bermakna, huh?
hahaha...
gembira zyra suka novel tu. ^^