Tweethearts

Sunday, August 29

membangkit semula.

sudah lupakah mereka pada tanggal 31 Ogos tahun 1957?
sudah lupakah mereka pengorbanan pejuang kita terdahulu?
sudah lupakah mereka semangat patriotik yg sering diperkatakan?

Ramadhan,bulan yang mulia ini bukan penghalang.
pengorbanan, titik peluh yang memperjuangkan darah demi
negara juga jangan sesekali dilupakan.
sedarlah kita,tanpa mereka jangan dikatakan tanah
malahan nyawa kita juga pun dirampas diragut.
marilah kita memupuk semangat patriotik ini kembali.
jadikan ia nyata dalam hidup kita sehingga mati menjemput kita.
pupuk semangat ini bersama sama.
tidak sedih kah kita melihat paparan yang terpapar saat ini
'kemanakah semangat patriotik,kemanakan Jalur Gemilang kita?'
gembira kah kita melihat hanya segelintir
masyarakat kita yang berjiwa patriotik menghargai jasa pejuang kita?
jangan diharapkan orang muda,warga tua juga perlu
menunjukkan semangat yang berkobar kobar agar anak remaja
membuka mata hati mereka untuk turut serta membangkitkan
semula semangat patriotik ini demi Malaysia tercinta.

Wahai rakyat Malaysia,
Kibarkan lah bendera kita,
Kibarkan lah Jalur Gemilang kita,
Bangkitkan semangat demi Malaysia tercinta.

No comments: